Kesan sampingan itu bukan perkara baru, malah sering dialami ahli bina 
badan dan angkat besi hasil pengambilan makanan kesihatan mengandungi 
steroid tanpa mendapat nasihat doktor.
Pada mulanya, individu yang berdepan perkara terbabit mempunyai saiz 
zakar normal, tetapi masalah timbul apabila mereka mula bersenam dengan 
mengangkat besi untuk membentuk anggota tubuh.
Individu yang mengambil steroid untuk membuatkan otot mantap, tegap, 
timbul dan membesar, perlu mendapatkan nasihat doktor kerana mungkin ia 
kelihatan seperti makanan kesihatan biasa tetapi sebenarnya mengandungi 
bahan berkenaan.
Steroid yang diambil tanpa nasihat doktor boleh mengakibatkan hormon 
testosteronnya menurun hingga membuatkan zakar mengecil selain mengecut.
Mereka perlu memastikan apa yang diambil sebagai makanan kesihatan itu 
tidak mengandungi steroid atau hormon Androgen (selain hormon 
testosterone) seperti Androsteindion dan DHEA yang menjadi makanan 
kesihatan biasa dalam produk bina badan.
Androsteindion boleh berubah kepada hormon estrogen dalam badan dan ini 
akhirnya menyebabkan buah dada pengambilnya besar, manakala zakar pula 
mengecil selain kurang mantap.
Mereka digalak meneruskan senaman tetapi dinasihatkan berhenti mengambil
 steroid bagi mengelak masalah terbabit berpanjangan hingga mengganggu 
kelancaran hubungan seksual.
Individu yang terbabit dalam sukan bina badan atau angkat besi tanpa menggunakan steroid juga berdepan risiko zakar mengecut.
Bagaimanapun, ia berlainan kerana jika zakar mengecut, ia disebabkan 
kekerapan bersenam dan mengangkat besi membuatkan semua otot badan, 
termasuk otot kemut, dalam keadaan mencengkam untuk mengukuhkan struktur
 tubuh ketika senaman lasak dilakukan.
Ketika itu, zakar yang tidak menegang tertarik ke dalam dan selepas otot lega ia kembali kepada keadaan normal.
Dr.Ismail Thamby
No comments:
Post a Comment