Apakah hukum menjilat kemaluan pasangan ketika berjimak (bersetubuh)? 
Jika
 ada pada kemaluan isteri itu najis maka hukumnya adalah haram. 
Perbuatan sengaja mengenakan mulut kepada suatu yang najis adalah haram.
 Jika bersih kemaluan tersebut, maka ada dua pendapat yang terkenal. 
Pendapat pertama mengatakan harus kerana berdalil dengan Al-Quran yang 
hanya mengatakan haram dubur isteri bagi suami maka semua anggota lain 
boleh diambil kesedapan daripadanya. Pendapat kedua mengharamkannya 
kerana mulut adalah anggota yang mulia yang wajib dipelihara dari suatu 
yang tidak layak baginya kerana berdalil dengan hadis Nabi yang 
bermaksud : "Sucikan mulut-mulut kamu kerana mulut itu adalah laluan 
bagi Al-Quran".
No comments:
Post a Comment