Kadangkala orang lelaki beranggapan terlalu mudah untuk 
mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia 
mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di 
sebalik kelembutan seseorang wamita itu terselit juga keegoaannya yang 
jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah cara untu 
menambat hati wanita yang anda sayangi.
Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, 
terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat 
keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila 
mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan 
yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang 
mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala 
pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah 
perempuan.
Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang.
 Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar 
atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering 
di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia 
merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat
 mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting 
dalam diri kamu dan diperlukan.
Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat 
penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh 
penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat surprise sekali 
sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang 
kamu betul-betul menyayanginya.
Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering 
ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan 
meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak 
sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu 
menonjolkan ke macho an kamu!.
Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka 
dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi 
mereka.
Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.
Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat 
keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah 
perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang 
mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 
cerita orang lain kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan 
kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.
Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di 
celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau 
tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan
 timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka 
tidak puas hati.
Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan 
sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu 
sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan 
yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. 
Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan 
dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk . Mungkin kamu juga boleh cool 
kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka 
cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!
No comments:
Post a Comment