Salam ustaz,
Adakah
 lelaki lembut dilaknat oleh Allah? saya dibesarkan sejak kecil seperti 
lelaki, tetapi kerana suasana pembesaran, menjadikan saya lebih bersifat
 keperempuanan. Iaitu, cara saya bercakap lembut, pergerakan juga 
lembut. bila remaja, saya mula suka kepada kedua-dua lelaki dan 
perempuan. saya tertarik dengan lelaki yg hensem dan macho. Pada masa 
yang sama, saya suka perempuan yang alim dan solehah. Tetapi, nafsu 
shahwat saya lebih terarah kepada lelaki sehinggalah sekarang. Saya tahu
 homoseks adalah haram dan dilaknat. Saya mencuba untuk menjauhinya dan 
Alhamdulillah, sekarang nafsu lebih terkawal.. Tetapi, sukar untuk saya 
padamkan nafsu sonsang tersebut.. Kadang-kadang mata saya masih melirik 
kepada lelaki hensem.. Saya cuba tundukkan pandangan mata.
saya 
berdoa agar saya tidak gay dan saya rasa sedikit sebanyak sudah ada 
hasilnya. Cuma, untuk mempunyai shahwat dengan perempuan pula agak 
susah. Bila bercakap dengan wanita idaman saya, nafsu saya tidak 
terangsang sebagaimana saya melihat lelaki hensem..
Apakah nasihat ustaz? Bagaimana harus saya lupuskan kesemua nafsu songsang ?
Selain
 itu, walaupun perasaan songsang mula lentur, tetapi sikap keperempuanan
 saya masih ada. Gaya lembut berjalan dan beraksi, cara percakapan saya.
 Saya rasa, mungkin sekali bercakap dengan orang sahaja, mereka sudah 
tahu saya jenis lembut.. Tabiat ini susah untuk saya buang. Adakah saya 
juga berdosa dengan menyerupai wanita dari cara ini? Sebab memang saya 
berjiwa lembut.
Harap ustaz boleh bagi nasihat.Jawapan :
Takrif
 lelaki lembut ialah rangkai kata lembut lembai (dialek Kedah) yg 
bermaksud orang lelaki yg berjalan seperti orang perempuan. Lelaki yang 
lembut sering kali suka kepada pekerjaan wanita seperti mengemas rumah, 
memasak, berhias, berperasaan atau sikap seperti wanita dan sebagainya. 
Lazimnya lelaki lembut ini tidak suka kepada pekerjaan-pekerjaan yang 
berat sepertimana pekerjaan lelaki.
Lelaki yang lembut adalah 
anugerah Allah dan tidak dilaknat Allah selagimana dia tidak melakukan 
perbuatan sumbang. Semua kejadian manusia dan alam ini adalah dari 
Allah, mereka juga dijadikan dengan sebaik-baik kejadian tanpa cacat 
cela. Firman Allah yang bermaksud :“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).” (At-Tin : 4)
Lelaki
 yang lembut juga memerlukan layanan yang baik sepertimana orang lain, 
tetapi malangnya masyarakat melayu sekarang ini rata-ratanya melayan 
mereka ini seperti orang yang tidak bermaruah. Sesiapa yang mempunyai 
sahabat, keluarga, anak atau sebagainya dianggap malang kerana 
mengundang kutukan atau celaan orang lain. Mereka lupa sebenarnya ini 
semua adalah anugerah Allah kepada keluarga atau masyarakat tersebut. 
Allah hendak menguji mereka bagaimana mereka mendidik lelaki lembut ini 
atau mereka memdidik lelaki lembut ini kearah kemaksiatan seperti seks 
sejenis (homoseksual), lesbian atau sebagainya. Baru-baru ini telah 
digemparkan dengan kisah Fadhil Min yang berkahwin songsang dengan 
lelaki Inggeris.
Sebenarnya lelaki lembut ini perlu dibimbing 
mereka ke arah yang dikehendaki oleh syariat supaya mereka tidak 
terjebak dalam masalah sosial seperti yang dinyatakan di atas. Keluarga 
perlu bertanggungjawab mengarahkan anak lelaki mereka yang lembut 
seperti, tidak membiarkan anak lelaki mereka memakai pakaian anak-anak 
perempuan, tidak membiarkan anak lelaki mereka berkawan dengan 
perempuan, tidak membiarkan anak lelaki mereka memasak dan sebagainya. 
Hal ini bertujuan untuk mengelakkan anak lelaki yang lembut tidak 
mempunyai perasaan perempuan atau cinta songsang.
Sebagai 
masyarakat, kita tidak semestinya meminggirkan mereka yang lembut ini, 
kerana kebanyakkan kes yang berlaku seperti pondan atau mat nyah ini 
adalah disebabkan keluarga dan masyarakat yang meminggirkan mereka. 
Sebagai masyarakat, kita seharusnya membimbing mereka ke arah apa yang 
dikehendaki oleh Islam dan memberikan semangat kepada mereka supaya 
tidak terasa hina dan terpinggir. Sebenarnya lelaki yang lembut ini juga
 mempunyai kelebihan yang tersendiri yang tidak mampu di buat oleh 
lelaki biasa. Di antara kelebihannya ialah memasak, mengemas rumah, 
menjahit dan sebagainya.
Sebagai seorang lelaki yang lembut, anda
 tidak perlu merasa diri ini hina dan menjadi bebanan kepada keluarga 
tersebut. Anda juga perlu ingat ini semua adalah ketentuan Allah dan 
setiap ciptaan Allah tidak sia-sia. Ramai lelaki yang lembut berjaya 
mengharumkan namanya seperti menjadi pengacara TV, menjadi artis, jadi 
penceramah, guru, ustaz dan sebagainya. Ini sekaligus menafikan bahawa 
lelaki lembut ini tidak berguna. Firman Allah yang bermaksud :“Setiap anak yang dilahirkan adalah berkeadaan fitrah”.
Kepada
 sesiapa yang mempunyai sifat lelaki lembut, anak atau kawan yang 
lembut, mereka tetap lelaki dan hukumnya juga tetap lelaki. Mereka hanya
 mempunyai perwatakan sahaja lembut seperti wanita, tetapi ketentuan 
hukum fiqh adalah lelaki. Pergaulannya dengan perempuan tetap haram atau
 menyerupai wanita juga tetap haram. Ada setengah lelaki lembut ini 
menganggap diri mereka perempuan sehinggakan mereka berpakaian seperti 
perempuan, bergincu, seluar ketat, rambut sangul dan malah ada yang 
bertudung. Kalau yang lebih teruk lagi mengadakan hubungan songsang 
iaitu jatuh cinta kepada lelaki dan tiada selera keinginan kepada 
wanita. Ini semua terjadi adalah anggapan mereka yang tertipu dengan 
syaitan dengan mengatakan bahawa mereka adalah perempuan. Daripada Ibn 
Abbas r.a. katanya :“Rasulullah
 SAW melaknat lelaki yang berkelakuan seperti perempuan dan perempuan 
yang berkelakuan seperti lelaki, dan kata baginda lagi “halau mereka 
dari rumahmu.” (Sahih Bukhari)
Kembalilah
 ke pangkal jalan dan bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar-benar 
taubat dan berjanji tidak lagi mengulangi perbuatan yang terkutuk ini. 
Allah sangat membenci dan melaknat orang yang melakukan hubungan luar 
tabi’i. Berhijrahlah diri anda dari perlakuan yang lama kepada perlakuan
 yang baru, supaya hidup ini menjadi berkat dan menjadi hamba Allah yang
 baik ( Sifat Mahmudah). Seringlah takut akan azab Allah yang amat 
dahsyat kepada sesiapa yang melanggar perintah dan hakikat kejadian 
manusia. Firman Allah yang bermaksud :“Demi
 diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan 
Yang sesuai Dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) 
jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada 
bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang 
sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
 Dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia 
bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran 
maksiat)." (Al-Syams : 7-10)Kesimpulannya 
Lelaki
 lembut adalah dari ciptaan Allah dan ini semua adalah dari kehendak 
Allah. Sebagai manusia yang bertaqwa kepada Allah, maka wajiblah kita 
menerima segala ketentuan dan ketetapan Allah ke atas diri kita. 
Berbahagialah orang yang menerima ketentuan dan ketetapan Allah, dirinya
 akan merasa tenang dan akan ditambah cahaya iman dan taqwa di dalam 
dirinya. Positifkan pemikiran dan berdoa : “aku
 tidak akan melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah seperti 
bercinta atau mempunyai keinginan songsang. Aku akan menjadi suami 
kepada seorang isteri yang solehah dan menunaikan segala amanah dan 
tanggungjawab aku sebagai suami.” Mudah-mudahan
 Allah akan memakbulkan segala permintaan kita semua, Allah Maha 
Mengetahui dan Maha Mengasihani, seringlah ingatkan Allah dan seringlah 
memohon pertolongan kepada Allah untuk mengeluarkan diri kita dari 
segala kesusahan.
No comments:
Post a Comment