Bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga, pastinya langkah yang
paling penting untuk diambil adalah mengambil hati bakal mentua. Mungkin
ada sahaja situasi di mana ibu bapa tidak berapa selesa dengan
kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.
Sesetengah ibu bapa, mereka beranggapan apabila anak mereka kian dewasa
dan ingin mendirikan rumah tangga, seolah anak mereka sudah dirampas
orang luar padahal ia tidak dinafikan perkahwinan adalah perkara wajib
bagi yang mampu dan untuk menghalalkan perhubungan bukan muhrim.
Ada juga sesetengah ibu bapa yang terlalu risau dengan pilihan pasangan
hidup anak mereka kerana takutkan jika ia tidak berkekalan. Namun siapa
kita untuk menidakkan takdir dan apatah lagi jika itu soal jodoh. Ya
atau tidak, itu terpulang kepada empunya badan yang ingin dinikahi
khususnya wanita. Pokok pangkalnya, pasangan yang ingin menikahi itu
hendaklah tahu segala tanggungjawab yang bakal dipikul setelah berumah
tangga dan bukan hanya melepaskan batuk di tangga.
DISINI ingin kongsikan cara untuk menarik hati bakal mentua agar hajat
yang baik untuk bernikah itu berjalan lancar dan direstui ibu bapa.
Perhati dan pelajari tentang bakal mentua
Perlahan-lahan risik apa yang anda perlu tahu tentang ibubapa pasangan
anda. Sebagai contoh ambil tahu apa yang bakal mentua anda sukakan, hobi
mereka, masakan kesukaan mereka, dan mungkin ciri-ciri lelaki atau
perempuan yang bagaimana mereka sukakan.
Ringankan tulang untuk menawarkan bantuan
Jangan lupa untuk menawarkan bantuan jika anda rasa ia diperlukan
seperti contoh jika bakal ibu mertua anda sedang mengangkat barangan
yang banyak atau berat, bantulah mereka dengan rela hati.
Jaga Percakapan
Pastikan anda sentiasa menjaga tutur kata dan intonasi percakapan anda
agar tidak terkecil hati mereka dan sekaligus boleh membuat anda di blacklist dari
menjadi menantu pula. Jika bakal mertua anda seorang yang pendiam,
sesekali cuba untuk berkomunikasi dengan mereka seperti bertanyakan
tentang hobi dan pekerjaan mereka.
Berpakaian sopan
Memang benar bahawa kita tidak perlu jadi hipokrit dalam pemakaian.
Tetapi dalam situasi ini, perlulah juga menjaga pakaian agar kelihatan
kemas dan sopan supaya tidak menjejaskan reputasi diri anda dan agar
dapat melancarkan perhubungan suai kenal dengan bakal mentua kita. Bagi
lelaki, janganlah memakai seluar pendek, jeans berkoyak atau lusuh dan
baju tanpa lengan ketika bertemu dengan ibu bapa kekasih anda. Dan buat
sang gadis gaya santun adalah yang terbaik dan seharusnya tidak menjolok
mata.
Jangan lupa untuk memuji
Memuji dengan ikhlas agar tidak nampak hipokrit pula nanti. Ada
tempatnya dan juga masanya untuk memuji sebagai contoh memuji masakan
ibu tunang anda sedap atau kediamannya cantik dan kemas.
Beri buah tangan
Jika anda inginkan usaha yang lebih berkesan untuk memikat hati mereka,
belikan mereka buah tangan atau apa sahaja sebagai tanda mengingati
mereka. Apatah lagi apabila tiba ulang tahun hari jadi mereka. Bonus
jika anda sudah risik lebih awal dengan pasangan kesukaan kedua ibu
bapanya supaya hati mereka akan lebih berbunga terima cenderahati dari
bakal menantu.
No comments:
Post a Comment