1.
 Cari masa yang sesuai. Kadangkala, secara tidak sengaja adalah ’saat 
yang paling indah dalam kehidupan manusia’. Ini adalah kerana adakalanya
 ketidaksengajaan itu adalah masa yang paling sesuai. Mengapa ia 
dikatakan begitu? ada ketikanya kita takut untuk menelefon seseorang 
kerana bimbang dia sedang sibuk atau sebagainya. Tanpa diduga, di pihak 
dirinya, dia sebenarnya sedang menunggu kita. Kalau masa yang kita 
telefon itu tepat, maka perbualan akan menjadi semakin rancak dan lebih 
menarik. Malah lebih banyak peribadinya akan dikenali. Tetapi harus 
diingat, pagi-pagi hari adalah waktu yang paling sibuk bagi kebanyakan 
mereka yang bekerja. Ia adalah permulaan waktu bekerja. Masa senggangnya
 boleh jadi memasuki waktu makan tengah hari. Paling baik, pada waktu 
malam kerana semua beban kerja sudah tiada.
2.
 Jangan buang masa. Ada masa, kita agak sukar untuk memulakan sesuatu 
perkenalan. Pelbagai perasaan melingkari di kepala. Adakah dia berminat 
untuk meneruskan perkenalan, sudahkah dia berpunya dan pelbagai 
pertanyaan lagi. Sebenarnya lagi lambat anda memulakan langkah 
perkenalan, anda semakin rugi. Ini kerana “kesungguhan” antara faktor 
serta daya penarik di mana mereka beranggapan bahawa anda benar-benar 
serius ingin menjalin satu hubungan baru dengan dirinya.
3.
 Lebih berkeyakinan. Tidak mencuba tidak tahu. Malah “makanan” tidak 
akan masuk ke dalam mulut, kalau kita tidak menyuapnya. Ini samalah 
dengan usaha. Kalau tanpanya, kita mungkin akan terus ketinggalan dan 
akhirnya orang yang kita minat itu akan diambil orang. Sebaiknya 
tingkatkan keyakinan diri kerana hanya orang yang berani sahaja akan 
berjaya mencapainya. Percayalah, dalam apa langkah sekalipun, keyakinan 
amat penting kerana ia adalah “pertahanan” terakhir dalam diri anda.
4.
 Anda perlu tahu apa yang anda lakukan. Hal ini sangat penting. Ada 
orang ingin mengenali seseorang hanya sekadar untuk suka-suka sahaja. 
Ada orang pula, ingin mencari jodoh dan mengharapnya berakhir di jinjang
 pelamin. Justeru itu, sebagai lelaki anda perlu tahu apa yang anda 
lakukan. Apa kehendak anda dan bagaimana ia harus diakhiri. Ada orang 
ingin berkenalan, sekadar ingin menambah koleksi “kekasih” atau bilangan
 teman wanita. Ada orang pula, hanya sekadar suka-suka. Sebagai lelaki, 
fokus kepada apa kehendak anda. Jangan hanya dicabar oleh kawan, maka 
anda berusaha memikat hati si wanita dan bila sudah dapat, anda ingin 
meninggalkannya. Ia nyata satu perbuatan yang tidak baik dan hanya 
menghancurkan hati serta perasaan orang lain sahaja.
5.
 Teruskan persahabatan. Sekali anda melangkah ke alam persahabatan atau 
perkenalan, teruskanlah ia sehingga ada sesuatu yang menghalang. Ingat, 
jangan sesekali berpatah balik hanya kerana ada perkara yang remeh. Ini 
hanya akan membuang masa anda dan juga dirinya. Malah ia juga tidak baik
 tentang soal hati. Apa pun, carilah masa yang paling sesuai untuk 
mengenali seseorang kerana bukan semua dapat menerima keadaan dengan 
sebegitu mudah.
CARA TERBARU MEMIKAT ANAK DARA DENGAN MENGUNAKAN WANGIAN HORMON -PHEROMAN 101 -PHERO X -PHEROMAX  --  012 282 4447
No comments:
Post a Comment