Sebahagian
 besar lelaki yang mendapati menggunakan kondom sebagai kaedah merancang
 keluarga dapat meningkat atau melambatkan masa bersama, akan kekal 
menggunakannya walaupun tiada hajat untuk merancang keluarga. 
Jika
 ini berlaku, ia menjadi cabaran untuk mereka, iaitu kedua-dua pasangan 
suami isteri, terutama apabila ingin menambah bilangan anak. 
Selain
 itu, tiada apa-apa masalah dengan penggunaan kondom. `Minyak' yang 
dimaksudkan itu bukan minyak, sebaliknya ia pelicin `silikon' yang 
memudahkan gerakan kondom ke dalam kelamin wanita, selain mengelak 
alahan kepada pemakai dan pasangan. 
Bagi
 yang ingin kekalkan kesan kondom untuk melewatkan ejakulasi, anda boleh
 menggunakan cincin penambat kelamin lelaki atau `penile ring' yang kini
 banyak di pasaran. Anda boleh sarungkan cincin berkenaan ketika ereksi 
dan cengkaman cincin itu boleh menghalang pancutan air mani terlalu 
cepat.
No comments:
Post a Comment