SAYA
 berkahwin sembilan bulan lalu. Malangnya saya selalu gagal menembusi 
faraj isteri. Isteri saya selalu mengadu sakit dan dia selalu menolak 
badan saya ketika saya ingin memasukkan kelamin.
Berat
 badan isteri saya hanya 38 kilogram (kg). Alat kelamin saya menegang 
secara normal dan air mani juga boleh keluar seperti biasa. Adakah 
masalah ini berpunca daripada saya atau disebabkan oleh badan isteri 
yang terlalu kecil?
LELAKI RESAH
Putrajaya
Masalah
 yang anda dan pasangan alami bukan perkara baru. Ini berlaku kerana 
kejahilan mengenai fungsi anggota kelamin dan hubungan intim seksual.
Anda
 mungkin sedar dan tahu fungsi anggota kelamin seperti yang anda 
jelaskan, mungkin juga isteri anda kurang faham mengenai fungsi anggota 
kelaminnya.
Sewajarnya dia perlu tahu yang dia mengawal sistem anggota kelaminnya dan ini termasuk pembukaan kelaminnya.
Dalam keadaan seriau, dia mencengkam paha dan otot yang mengawal pembukaannya dan keadaan itu dikenali sebagai ‘vaginismus’.
Dia
 mungkin tidak tahu yang dia perlu melegakan pembukaan kelaminnya 
sebelum dia halakan ereksi anda ke pintu kelaminnya. Untuk menyenangkan 
kemasukan ereksi ke dalam kelaminnya, dia perlu meluaskan ruang 
pembukaannya dengan tidak mengemut.
Jika
 dia berasa kesat atau perjalanan ke ruang kelaminnya kurang lembap, dia
 boleh gunakan pelicin untuk disapu ke pembukaan pintu kelamin dan 
hujung ereksi anda.
Dengan
 kerjasama yang anda dapati, anda juga boleh kuatkan ereksi dengan 
mengemut dan menyorong ereksi secara lembut. Jika pasangan memadatkan 
pembukaan kelaminnya, sudah tentu dia terasa sakit.
Ini
 tindak balas semula jadi untuk semua wanita yang akan mengemut apabila 
terasa terancam. Sudah tentu ia menyakitkan bahagian itu, terutama jika 
pasangan memaksa.
No comments:
Post a Comment