Petua
 ini bukanlah untuk menggantikan perubatan moden, tetapi anda boleh 
jadikannya petua sampingan jika anda juga disahkan menghidap penyakit 
ini. Untuk pengetahuan semua juga, penyakit demam denggi ini belum 
mempunyai vaksin dan setakat ini cara rawatan yang digunakan di 
hospital-hospital adalah dengan hanya menambahkan jumlah kandungan air 
di dalam badan agar suhu kembali normal.
Cara pengubatan denggi
Air 100 plus – yang ni turut disarankan oleh doctor sendiri. .Boleh minum banyak-banyak.
Sup ketam – untuk yang ini, anda disarankan untuk menggunakan ketam nipah.
Air daun pegaga – ada yang kata bukan guna daun pegaga biasa tetapi pagaga cina. Kalau susah sangat bolehlah beli air daun pegaga kat HPA.
Air daun betik –
 kalau anda rasa air daun pegaga tu tak sedap. Air daun betik ni lagi 
tak sedap. Tapi kalau rasa anda sayangkan nyawa, tak perlulah fikir 
panjang ye…..
Daun pokok semambu –
 yang ni bukan untuk diminum, tapi sekadar untuk digosokkan pada bahgian
 badan. Bila ruam atau bintik-bintik merah dah mula keluar, kita akan 
rasa miang atau gatal sampai sukar untuk tidur. Ambil segenggam daun ni 
dan gosokkan pada bahagian bintik-bintik merah tersebut.
Aiskrim vanilla –
 kononnya ada yang pernah diberitahu oleh seorang cina, aiskrim vanilla 
juga boleh digunakan. Aiskrim ni juga boleh dimakan kalau anda sakit 
tekak.
Air barli campur garam –
 petua ni untuk mengubati Chikungunya. Itu yang diberitahu oleh seorang 
warga Bangladesh. Mungkin boleh juga anda gunakan untuk mengubati denggi
 ni
Biasanya sesiapa yang pernah menghidap denggi ni akan menghidapnya sekali lagi dalam tempoh setahun. Jadi berhati-hatilah.
No comments:
Post a Comment