SAYA menghadapi kesakitan ketika melakukan perhubungan seks. 
Adakah
 kesakitan yang dirasakan pada pangkal tepi perut kerana menahan 
mengeluarkan air mani boleh mendatangkan kesan kepada alat kelamin? 
REMY,Kuala Lumpur
Apabila
 lelaki terangsang, perjalanan darah kepada zakar meningkat dan anggota 
berkenaan menegang. Otot badan terutama sekali otot pinggang, perut, 
paha dan punggung dalam keadaan tegang ketika klimaks. 
Ketika
 seseorang itu dalam keadaan terangsang, otot badannya dalam keadaan 
separa mencengkam apatah lagi jika mengawal daripada klimaks. Dia 
terpaksa menahan otot perut dan mungkin mengemut supaya proses permulaan
 ejakulasi terencat. 
Dengan
 menggunakan daya yang tinggi untuk mengawal ejakulasi, sudah tentu otot
 terasa tidak selesa dan mungkin sakit atau lenguh. Perkara ini akan 
dialami setiap kali berkelakuan sedemikian. 
Jika
 mampu menerima keadaan tidak selesa itu, perkara tadi bukan masalah 
untuknya tetapi sekiranya berasa tidak selesa apa yang harus dilakukan 
ialah menghentikannya.
No comments:
Post a Comment