Cuba lihat pada jari-jemari anda. Dilihat dari segi jumlah memang nampak
 sama dengan orang lain, namun ukuran, bentuk dan saiz berbeza-beza.
Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa jari-jemari sebenarnya menyimpan 
banyak ‘rahsia’ tentang diri yang anda sendiri tidak menduganya 
lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki.
Ini kerana sekumpulan penyelidik baru-baru ini telah mendedahkan satu 
penemuan menarik iaitu panjang jari telunjuk berbanding jari manis pada 
tangan kanan seorang lelaki boleh menjadi petunjuk kepada anggaran saiz 
testikel (buah zakar).
Kajian juga mendakwa kadar atau nisbah jari boleh digunakan untuk meramal saiz testikel.
Kajian telah dijalankan oleh para penyelidik dari Jabatan Urologi di 
Gachon University Gil Hospital di Incheon dan Seoul National University 
Hospital, Korea Selatan.
Mereka mendapati bahawa lelaki dewasa dengan jari manis yang lebih 
panjang berbanding jari telunjuk pada tangan kanan mempunyai, testikel 
yang lebih besar.
Begitu sebaliknya, iaitu lelaki dengan jari telunjuk yang lebih panjang 
berbanding jari manis, mereka mempunyai testikel lebih kecil.
Kajian awal tersebut telah mengandaikan bahawa kadar atau nisbah jari 
kedua dan keempat mempunyai kaitan dengan sistem reproduktif.
Ini berasaskan pada penemuan bahawa gen Hox, yang membantu membentuk 
bentuk badan seseorang, mengawal perkembangan jari dan perkembangan alat
 sulit ketika peringkat embrio.
Kajian terdahulu juga mengandaikan bahawa saiz testikel ada hubung kait dengan jumlah air mani yang dihasilkan.
Kajian dijalankan ke atas sejumlah 172 lelaki Korea berumur antara 20 
hingga 69 tahun, yang pernah dirawat kerana pembedahan berkaitan aspek 
urologi.
Pertamanya, para penyelidik mengukur panjang jari kedua dan keempat setiap peserta.
Kemudian secara berasingan, ahli urologi berpengalaman mengukur saiz zakar mereka.
Keputusannya menunjukkan bahawa kadar atau nisbah ukuran jari tersebut 
berkadaran songsang kepada berat testikel dewasa, membawa maksud jari 
manis yang lebih panjang mempunyai hubung kait dengan testikel besar dan
 sebaliknya.
Dalam kajian tersebut penyelidik juga mendapati bahawa umur dan tinggi 
tidak memberi banyak kesan ke atas saiz testikel, manakala berat 
seseorang mempunyai kaitan yang ketara
Apa lagi rahsia pada jari anda
Kajian terbaharu mendedahkan bahawa saiz jari telunjuk dan jari manis 
lelaki dan wanita membawa petunjuk sejauh mana individu tersebut 
tertarik pada individu berlainan jantina.
Mengikut penemuan itu, wanita yang jari telunjuknya lebih panjang 
berbanding jari manis kemungkinan mempunyai semetri wajah yang lebih 
sempurna (sama kedua-dua belah) dan lebih menawan.
Bagi lelaki, ia berlawanan pula, iaitu sesiapa yang jari manis mereka 
lebih panjang berbanding jari telunjuk kemungkinan besar lebih menarik 
di mata wanita.
Penemuan ini dibuat oleh Bernhard Fink dari Universiti Vieena, yang 
mengukur jari 100 wanita dan lelaki serta mengambil gambar muka mereka 
menggunakan kamera digital.
Beliau menggunakan program di dalam komputer untuk mengetahui raut setiap wajah.
No comments:
Post a Comment