SAYA
 mengalami masalah kemaluan kecil dan pendek, saya juga sering tiada 
ghairah untuk bersama isteri memandangkan keadaan saya yang kurang 
sempurna. Tiap kali bersama, hanya isteri yang melakukan aksi.
Apa harus saya lakukan demi mencapai kesempurnaan diri sebagai lelaki sempurna, adakah masalah ini masih boleh diatasi? 
DUAN
Kuala Kangsar, Perak 
Bukan
 anda seorang saja yang berasa anggota kelamin kecil. Malah lelaki yang 
mempunyai anggota sulit berbentuk normal dan saiz normal mengikut baka 
dan keturunannya juga rasa begitu. 
Jadi
 tidak hairan jika ada pelbagai krim, kapsul ajaib dan kaedah urutan 
serta teknik suntikan yang kononnya khusus untuk menangani masalah saiz 
alat kelamin lelaki mendapat sambutan hangat tanpa mengira sama ada ia 
berkesan dan selamat. 
Tidak
 hairan juga jika sebahagian besar lelaki yang mengamalkan kaedah itu 
merana dalam sepi kerana kesan sampingan dan kesan salah guna kaedah itu
 akan mensia-siakan dirinya. 
Daripada
 keterangan yang anda beri, nampaknya pasangan anda sangat teruja dengan
 anda memandangkan dia kerap beraksi daripada anda. Ini keadaan yang 
positif, bukan sebaliknya. 
Jika
 tidak puas dan tidak seronok, tentu dia tidak rancak melakukan hubungan
 intim dengan anda. Ini sebenarnya petanda yang anda lelaki sempurna. 
Buang
 sikap negatif anda dan sama-sama menikmati keseronokan hidup bersama 
pasangan. Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Bekerjasama 
dengan pasangan dan jika ada apa-apa yang kurang, dapatkan pandangannya 
dan sama-sama cuba mengatasinya. 
Jika masalah dialami itu ada kaitan dengan kesihatan, jumpa doktor atau pakar berkaitan.
No comments:
Post a Comment