Monday, 12 January 2015

Solat Merawat Lemah Zakar

SOLAT Boleh merawat penyakit MATI PUCUK
Solat adalah amalan hidup seharian untuk membina kesihatan rohani dan jasmani. Pergerakan anggota badan semasa melakukan solat adalah untuk melembutkan urat saraf dan melancarkan pergerakan darah untuk membina kesihatan.

Selain dari itu amalan mengurut tubuh badan semasa berwuduk sebelum melakukan solat juga adalah melembutkan urat saraf serta melancarkan pergerakan darah.

Jika kita yakin amalan solat itu boleh membina kesihatan rohani dan jasmani maka sudah tentu amalan solat itu juga boleh membina tenaga zahir dan batin.

Hasil kajian tiga pensyarah Jabatan Kejuruteraan BioPerubatan Universiti Malaya (UM) mendapati solat yang diamalkan secara teratur boleh merawat masalah penyakit mati pucuk dan beberapa penyakit lain.

Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim berkata kajian terhadap 10 pesakit mati pucuk yang mengamalkan solat sebagai terapi dan mengikut postur yang sempurna selama sebulan, membuahkan hasil apabila mereka berjaya mencapai ereksi seperti lelaki normal.

“ Lelaki yang normal sepatutnya akan mendapat ereksi sekurang-kurangnya tiga kali sewaktu tidur dan perubahan isipadunya mestilah melebihi 200 peratus. Jika kurang daripada jumlah itu dia dianggap mati pucuk,”

No comments:

Post a Comment