Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), 
Rahimin Bani, berkata ketika pegawai syarak yang ditemani suami wanita 
terbabit tiba di rumah berkenaan, pintunya berkunci dan selepas memberi 
salam serta mengetuk pintu, ia dibuka wanita itu. Katanya, lelaki 
terbabit cuba melarikan diri menerusi pintu belakang, namun dicekup 
sekumpulan penduduk yang menyertai operasi berkenaan.
Rahimin berkata, siasatan mendapati wanita itu berkenalan di kantin 
kilang tempat lelaki terbabit berkerja dan mereka menjalin hubungan 
sejak tiga bulan lalu. Katanya, pasangan terbabit mengakui beberapa kali
 terlanjur dan lelaki itu mendakwa sudah dua kali ke rumah wanita 
terbabit dengan memaklumkan tujuannya datang pada malam kelmarin untuk 
berbual. Wanita yang mempunyai dua anak berusia tujuh dan lapan tahun 
itu memberitahu dia tidak lagi tinggal bersama suaminya sejak dua tahun 
lalu berikutan lelaki terbabit tidak mempunyai pekerjaan tetap. Beliau 
berkata, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen 
Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan 
mahram. 
MENGAPA INI TERJADI ?
SUAMI MATI PUCUK?
SUAMI TIADA DUIT ?
SUAMI TAK HENSEM?
SUAMI GARANG ?TAK ROMANTIK ?
SUAMI SIBUK ?
SILA KE LAMAN INI ..ADA JALAN PENYELESAIAN
BERINGAT SEBELUM KENA ...
No comments:
Post a Comment