Cara Urut Untuk Memecahkan Lemak , Angin Pada Batang Zakar
Semasa bangun dari 
tidur, selatkan pangkal batang zakar (kawasan yang berhampiran dengan 
bumi zakar) menggunakan jari telunjuk dan jari tengah tangan kanan atau 
tangan kiri. Hujung jari-jari itu menekan ke bumi zakar sambil 
mengurut-urutnya ke atas dan ke bawah.
Lakukan selama 
kira-kira 2 minit atau hitungan 99 kali. Lakukan pada setiap pagi kerana
 amalan ini akan memecahkan lemak dan angin dari berkumpul pada pangkal 
zakar. Ianya juga dapat mengelakkan dari berlakunya tersimpul urat buah 
zakar apabila usia meningkat tua.
Cara Urut Zakar Untuk Menahan Mani
Menurut kitab Tajul
 Muluk dan Rawd-at-Tirr, mengurut menggunakan minyak urut yang khas 
boleh membantu lelaki bertahan lebih lama ketika bersetubuh.
Caranya ialah 
dengan mengurut sehala dari pangkal zakar menghala ke hujung zakar, 
berulang-ulang kali. Tempatkan ibu jari di bahagian atas batang zakar, 
jari tengah di bahagian bawahnya.
Lakukan urutan 
selama 2 minit atau 99-kali hitungan. Latihan ini boleh dilakukan pada 
bila-bila waktu lapang, kecuali pada waktu Zohor dan Maghrib.

No comments:
Post a Comment