ANGGOTA kelamin manusia sama seperti bahagian tubuh badan
lain iaitu ia mempunyai peranan tertentu. Jika peranan itu dilaksanakan atau
‘diusik’, anggota itu berfungsi dengan baik dan cergas.
Jika gagal, ia menjadi kurang aktif dan tidak bermaya. Dulu,
anda merangsang anggota kelamin dan mendapati ia aktif dan cergas. Kini anda
kurang melakukannya, oleh itu anggota kelamin anda kelihatan tidak bermaya dan
jika ereksi ia tidak aktif seperti dulu.
Bagi golongan lelaki, perkara ini adalah biasa dan dijangka.
Namun, ia bukan punca penyakit. Apabila lelaki berumah tangga, anggota sulitnya
memainkan peranan sepatutnya.
Dengan adanya pasangan di sisi, perasaan teruja akan
memuncak dan memudahkan anda mencapai ereksi lebih padat.
Ini perkara biasa dan ia mengikut seruan ‘syahwat’ yang
terbentuk secara semula jadi untuk semua lelaki muda yang berdamping dengan
wanita idaman.
Justeru, tentu anda dapat memainkan peranan dengan cukup
baik, lebih-lebih lagi apabila menerima galakan dan motivasi daripada pasangan.
Bagaimanapun, jika peranan itu gagal, anda berasa seperti
kurang keghairahan untuk melakukan hubungan seks, perasaan jemu untuk
berhubungan, tidak berminat dan sebagainya.
Pada masa sama, perkara ini membuatkan pasangan, sama ada
lelaki atau wanita, kurang berminat untuk melakukan hubungan kelamin. Jadi,
alat sulit yang memainkan peranan itu tidak ‘diusik’ dan ia menjadikan hubungan
suami isteri tawar.
Nasihat saya, hubungan seks adalah sesuatu yang subjektif
dan ia memerlukan perbincangan kedua-dua pihak supaya suami isteri dapat
merasakan hubungan kelamin terbaik.
Jika ini dapat dilakukan, rumah tangga berjalan dengan lebih
harmoni dan bahagia. Jika kedua-dua pihak ego dan tidak mahu berbincang,
kemungkinan pelbagai perkara buruk boleh berlaku meskipun ia berpunca daripada
perkara yang sering dianggap remeh — hubungan seks.
Selain itu, amalan gaya hidup sihat iaitu memakan makanan
seimbang dan segar, tidak merokok dan lakukan senaman berkala
sekurang-kurangnya setengah jam sehari.
Di samping itu anda boleh mengamalkan senaman Kegel atau
senaman kemut untuk melangsingkan otot lantai pelvis yang menjadi benteng
zakar. Anda boleh bayangkan otot kemut yang kukuh dan kuat dapat mencengkam,
memantapkan ereksi yang padat dan kukuh.
Jika ejakulasi berlaku juga, ereksi masih boleh dikekalkan
untuk seketika. Jadi, lakukan apa yang saya syorkan iaitu amalkan gaya hidup
sihat dan lakukan senaman berkala.
No comments:
Post a Comment