Tulisan ini cuba mengupas ciri-ciri isteri solehah dan kepentingannya 
kepada kebahagiaan rumahtangga yang bakal dan telah dibina. Satu 
renungan untuk kembali kepada panduan Nabi s.a.w dalam membina 
rumahtangga Muslim yang bahagia.
 CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH
1. Mencintai Allah dan Rasul
Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : 
“Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: 
menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…” 
Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.
Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan 
diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. 
Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan 
sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku 
pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat 
dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan 
dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan 
kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat 
al-Bukhari.
Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam 
setiap perkara Firman Allah s.w.t :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika 
benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan 
mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha 
mengasihani”:- surah Ali Imran:31
2. Mentaati Ibu Bapa
Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.
Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.
3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf
Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. 
Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh 
kepada maksiat tiada lagi ketaatan.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”.-
Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada 
manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada 
suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia 
taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang 
soleh.
“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri 
(tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di 
belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah 
An-Nisa’:34)
4. Menguruskan rumahtangga
Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah 
dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk 
dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas 
sebagai isteri.
Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat 
menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari 
rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang 
ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan
 membimbing keluarga ke arah kebaikan.
Sabda Rasulullah s.a.w “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. 
Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah.
Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib 
daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan 
keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan 
sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak halalbagi wanita berpuasa
 sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab
 al-Nikah.
5. Berhias untuk suami
Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang 
tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. 
Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam 
Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang 
sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila 
memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik 
dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh 
al-Albani.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika 
suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri
 dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi 
penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi 
menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi 
bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke 
Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW 
pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas
 Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia 
dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” 
(HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja 
tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias 
untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan 
secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan 
senang dilihat oleh suami.
6. Berpakaian menurut ajaran Islam
Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT 
berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan 
kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai 
perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu 
adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan 
mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)
Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di 
rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang 
dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. 
Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat wanita 
adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke 
pergelangan.
7. Menjaga batas pergaulan
Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika 
berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia 
menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.
8. Bersahabat dengan wanita solehah
Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika 
kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.
Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. 
Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-Riwayat Abu 
Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.
No comments:
Post a Comment