SAYA mengalami masalah sakit lutut selepas melakukan onani.
Adakah sakit lutut ini berpunca daripada perbuatan saya melakukan onani? 
ALAN,
Pendang, Kedah 
Amalan
 merangsang anggota sulit dan mendapat keseronokan daripada onani sukar 
dihentikan, kecuali jika pengamalnya mengalami sesuatu yang kurang 
menyenangkan seperti bengkak anggota sulit atau pening kepala setiap 
kali klimaks atau sakit badan, sakit lutut atau sakit anggota sulit. 
Kepada
 yang memang mendapat keseronokan, mereka sebenarnya ketagih amalan itu 
tanpa disedari. Apabila tidak onani, mereka kurang selesa dan mesti 
membuatnya walaupun tiada sebab untuk melakukannya. 
Sehubungan itu, tidak menghairankan jika mereka mendapati sukar menghentikan amalan berkenaan walaupun sudah berumahtangga. 
Masalah
 tidak selesa ketika melakukan onani seperti sakit lutut berlaku akibat 
tekanan otot paha yang kejang ketika ejakulasi. Ia bukan kerana ‘air’ 
dalam kepala lutut kering! 
Jika
 tidak selesa, perbuatan itu perlu dihentikan segera kerana banyak lagi 
kesan negatif boleh berlaku seperti ketagihan kepada onani, cepat 
klimaks dan mati pucuk.
No comments:
Post a Comment