SAYA ingin tahu, jika satu daripada dua buah kerandut dibuang, bolehkah ia menghasilkan sperma dengan baik?
INGIN TAHU
Klang, Selangor
Buah
 kerandut atau testis memang berfungsi menghasilkan sperma atau benih 
lelaki. Lelaki normal pasti dianugerahkan sepasang buah kerandut.
Ketika
 masih di dalam perut ibunya, kedua-dua buah kerandut itu berada dalam 
perut dan berdekatan buah pinggang dan selepas masuk usia lima bulan 
baru kedua-duanya turun ke dalam kerandut.
Ada
 juga ketika, satu daripada buah kerandut tersangkut dan tidak masuk ke 
dalam kerandutnya. Jarang sekali kedua-dua buah kerandut tidak masuk ke 
dalam kerandutnya.
Selain itu ada situasi yang mana buah kerandut tidak menjadi dan lelaki itu tidak mempunyainya.
Oleh itu, jika lelaki itu mempunyai satu buah kerandut ketika menjalani tumbesaran yang normal, ia mampu menghasilkan sperma.
Untuk
 kepastian, tidak salah untuk lelaki yang mempunyai satu buah kerandut 
menjalani pemeriksaan (untuk menyukat jika saiznya normal) dan menjalani
 ujian air mani bagi mengetahui sama ada dia mampu menghasilkan sperma.
Anda
 juga perlu berbuat demikian jika was-was mengenai kesuburan. Anda perlu
 bertemu doktor untuk menyatakan masalah dan boleh lakukan ujian air 
mani di makmal.
No comments:
Post a Comment