KESIHATAN
 fizikal, mental dan sosial perlu untuk kesempurnaan hubungan seksual. 
Hubungan mesra antara pasangan dapat mengeratkan silaturahim dan 
mencetuskan perasaan keinginan untuk hubungan intim secara seksual.
Wanita
 yang satu ketika dulu tiada masalah untuk melakukan hubungan seksual 
dan selepas bersalin pula sukar melakukannya mungkin mengalami tekanan 
yang menyebabkannya berkeadaan demikian. Selepas bersalin, isteri perlu 
lalui pelbagai tanggungjawab baru dan mencabar. Jadi mereka mudah letih,
 lebih-lebih lagi jika anak meragam. Mungkin jika suami sekali sekala 
membantu meringankan tugas penjagaan anak, ia dapat membuka hati isteri 
untuk memberi masa kualiti untuk bermesra dan melakukan hubungan intim 
dengan suami. Sebilangan wanita yang bersalin anak sulung terpaksa 
menjalani proses kelahiran mencabar seperti faraj perlu dipotong 
(pembedahan episiotomi) untuk memberi ruang luas ketika kelahiran anak 
dan selepas itu bahagian yang dipotong kerap terasa sakit. Ada juga 
wanita mengalami kecederaan pada anggota kelamin ketika melahirkan anak 
dan bahagian yang luka menjadi parut yang menyakitkan. Jadi dalam 
keadaan sedemikian, hubungan kelamin dilakukan mengganggu parut atau 
tempat yang terluka dulu dan sudah tentu ia memberi kesakitan atau 
ketidakselesaan, sekali gus menghilangkan ‘mood’ untuk bersetubuh. 
Masalah ini dikenali sebagai ‘dispareunia’ atau sakit ketika hendak 
bersetubuh. Jika perkara ini berlaku, mustahak untuk wanita dan 
pasangannya berjumpa doktor untuk menjalani bimbingan dan pemeriksaan.
Perasaan
 tidak ghairah yang dialami wanita ketika bercumbu untuk memulakan 
hubungan seksual tidak akan mencetuskan rangsangan seksual. Secara 
langsung perjalanan darah tidak lancar ke anggota sulit dan kemaluan 
tidak mengembang serta menggebu. Corong faraj juga akan menjadi sempit 
dan tiada lelehan cecair pelicin. Situasi ini dikenali sebagai ‘mati 
putik’ (mati pucuk istilah yang digunakan kepada lelaki yang mengalami 
masalah sama). Jika hubungan penetratif dipaksa, perempuan itu akan 
berasa sakit dan ini akan menambah tekanan jika ingin melakukan hubungan
 seksual kemudian hari.
No comments:
Post a Comment