Bagaimanapun,
 dia gagal mengeluarkan gelung yang terlekat pada alat sulitnya. Dia 
terpaksa meminta bantuan bapanya yang membawanya ke Hospital Raja 
Perempuan Zainab II (HRPZ II) kira-kira jam 3 pagi. Namun, doktor tidak 
dapat melakukan rawatan kerana alat tersebut masih gagal dikeluarkan 
manakala alat sulitnya terus membengkak sehingga memaksa mereka 
memanggil  Bomba.
Ketua
 Zon Kota Bharu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Jamil Abdullah, 
berkata, memandangkan besi tersebut berada di kedudukan pada pangkal 
zakarnya operasi untuk mengeluarkan besi terbabit amat rumit. Bagi 
tujuan itu, pihaknya  terpaksa memanggil unit bantuan perubatan 
kecemasan yang dihantar ke hospital bagi menyelamatkan mangsa yang 
sedang kesakitan.
“
 Usaha untuk mengeluarkan besi berkenaan mengambil masa hampir dua jam 
dengan menggunakan pemotong khas. Kerja-kerja mengeluarkan besi itu, 
dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kecederaan kepada 
mangsa. Sepanjang prosedur terbabit, mangsa tidak sedarkan diri selepas 
diberi ubat bius,” katanya.
Jamil
 juga turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba sebarang aksi 
yang pelik dan merbahaya seperti yang dilakukan lelaki itu. Ia merupakan
 kes pertama yang dilaporkan di daerah ini. Mangsa yang enggan dikenali 
berkata dia buat begitu kerana “suka suka”.
“Saya
 jumpa benda itu dan saya pun cuba memasukkannya (ke alat sulit). Tapi 
lepas itu tak boleh dikeluarkan. Saya panik,  bagi tahu ayah, Dia terus 
membawa saya ke hospital,” katanya. Ditanya sama ada dia sudah serik 
dengan kejadian itu, dia hanya mengangguk dan tersenyum.
No comments:
Post a Comment