Assalamualaikum ustaz..sy pelajar 
perempuan berusia 17 tahun.masalah saya disini ialah saya kerap 
mengamalkan onani sejak berusia 8 tahun.waktu kecil dahulu saya tidak 
tahu bahawa aktiviti tersebut ialah onani, namun setelah menginjak 
dewasa, saya mengetahuinya. tetapi, saya masih melakukannya. kemusykilan
 saya ialah :
- Adakah wanita mampu mengeluarkan air mani?dan bagaimana mahu mengenal pastinya?
 - Adakah wanita kena mandi wajib setelah melakukan onani?
 
Saya ingin bertaubat. tapi susah. selepas melakukannya, saya menyesal dan bertaubat. Kemudian, esok saya mengulanginya lagi.
- Satu lagi,apakah hukum bagi wanita menonton video lucah?
 
Saya harap ustaz dapat jawab secepat mungkin.terima kasih.
Jawapan
Orang yang sentiasa melakukan onani 
untuk memuaskan hawa nafsunya itu adalah haram sebab orang tersebut 
telah merangsang dirinya untuk melakukan onani dengan melihat gambar 
lucah, video lucah atau sebagainya sehingga menyebabkan pemikirannya 
terganggu dengan bayangan seksual yang keterlaluan. Hal ini menyebabkan 
dirinya tidak senang duduk sehingga ia melakukan onani untuk 
mengurangkan tekanan seksualnya. 
Wanita Mampu Mengeluarkan Air Mani
Air mani perempuan lebih cair dari air 
mani lelaki dan ia berwarna putih. Cara ia keluar ketika wanita tersebut
 gersang dan nikmat yang tidak terhingga. Jelas di sini bahawa wanita 
juga mempunyai air mani dan cara keluarnya juga sama seperti lelaki 
iaitu gersang dan nikmat yang tidak terhingga ketika mengeluarkan air 
mani.
Wanita Kena Mandi Wajib Selepas Onani
Kebiasaannya wanita yang onani mencapai
 kepuasan atau klimak dan selepas itu badannya menjadi layu, letih dan 
syahwat menjadi reda. Kalau terjadi begini ini bererti wanita tersebut 
telah mengeluarkan air maninya dengan cara onani dan ia di wajibkan 
mandi wajib. Sebabnya keluar mani ini merupakan hadas besar yang boleh 
diangkat dengan cara mandi hadas sahaja.
Hukum Menonton Video Lucah
Hukum menonton video lucah itu adalah 
haram sebab semasa menonton ia dapat merangsang syahwat orang yang 
menontonnya. Selain dari itu juga pelakon video lucah tersebut 
bertelanjang dan mendedahkan segala tubuh badannya. Haram bagi kita 
melihat aurat orang yang bukan mahramnya. Hadis Rasulullah saw yang 
bermaksud :
“Janganlah seseorang lelaki melihat aurat lelaki lain dan janganlah wanita melihat aurat wanita lain”.
Perbuatan melihat video lucah juga 
dapat membuat seseorang itu berkeinginan untuk melakukan zina dengan 
sesiapa sahaja. Secara tidak langsung video lucah tersebut dapat membuat
 seseorang itu melakukan zina dengan pasangan kekasihnya. Ramai anak 
muda kita diluar sana melakukan perbuatan seperti ini tanpa ikatan 
perkahwinan yang sah. Sedikit sebanyak ia semua berpunca dari penyebaran
 video-video lucah atau filem-filem yang mendedahkan aurat, berpelukan, 
bercumbuan atau sebagainya.
Ingin Bertaubat
Soal bertaubat ini kita tidak boleh 
putus asa, kena selalu bertaubat kepada Allah, kalau boleh untuk 
mengelakkan masalah ini, anda boleh juga melakukan puasa sunat, kerana 
puasa dapat membendung nafsu dan sedikit sebanyak dapat membantu anda 
kurang melakukan onani. Selain dari itu juga anda boleh menyibukkan diri
 anda dengan berbagai pekerjaan dan jangan membiarkan diri anda 
berseorangan, kerana ia akan menyebabkan anda teringat dan terdorong 
untuk melihat video lucah atau onani. Rajinkan diri anda untuk 
menghadiri kelas-kelas agama yang berdekatan sebab orang yang menghadiri
 kelas-kelas agama atau program ilmu dapat menghilangkan kekotoran yang 
terdapat di dalam hatinya. Seringlah mohon doa dan merintis kepada Allah
 supaya masalah anda ini dapat dapat diubati dan dapat dikurangkan.
Ini
 sahaja tips yang saya dapat berikan, sebenarnya banyak lagi tips yang 
boleh digunakan untuk mengubati masalah onani ini, tapi apa-apa pun 
bergantung kepada kekuatan diri masing-masing. Kalau kekuatan rohani 
tidak kuat maka masalah ini susah untuk diubati. Apa-apa pun hadapi 
masalah ini dengan penuh kesabaran.
No comments:
Post a Comment