1.
 Yakin Pada Diri Sendiri - Keyakinan pada diri sendiri adalah kualiti 
penting yang sering di cari oleh wanita, lakukan sesuatu perkara itu 
dengan terbaik. Yang
 paling penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri. Ada yang 
menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa. Ini bukan sifat lelaki sejati. 
Sebaliknya anda harus berikan alasan kukuh, kenapa anda tidak boleh 
lakukan. Penting untuk berlatih bersungguh tanpa mengenal erti putus asa
 dan sentiasa berfikiran positif.
2. Pandai Buat Lucu - Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Lebih
 teruk kalau tersengeh-sengeh tak tentu fasal. Ingat, untuk menjadi 
seorang yang kelakar tidak semestinya anda membuat lawak bodoh. Belajar 
buat lawak secara spontan dan bersahaja, kerana ini akan menghiburkan 
hatinya. Lawak bersahaja itulah yang membuatkan si dia akan terua 
merindui kerenahmu.
3. Romantik - Wanita sebenarnya menginginkan seorang yang romantik. Ingat,
 romantik bukanya gatal atau miang, lelaki yang romantik adalah pandai 
mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan
 penyayang juga menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita. 
Biar seseorang wanita itu kelihatan ‘rugged’ atau agresif. namun dalam 
hal teman lelaki, kebanyakannya memilih yang romantik
4. Bijak - Wanita sering mengimpikan seorang lelaki yang berpendikan dan pandai. Jika
 anda berasakan anda kurang bijak, mungkin anda boleh mengambil langkah 
untuk melanjutkan pelajaran. Luangkan masa anda mendengar berita dan 
rajin mengisi teka silang kata supaya tampak berilmu. Wanita suka lelaki
 yang bijak dan suka membaca. Tidak semesti anda adalah seorang ahli 
akademik. Caranya, baca ulasan buku seolah-olah anda telah membaca 
keseluruhan buku tersebut. Kalau perlu, pakailah cermin mata yang tidak 
berkuasa untuk memperlihatkan anda bergaya seperti seorang intelek.
No comments:
Post a Comment