Sebut sahaja hubungan intim, di fikiran sudah 
membayangkan sebuah kamar tidur yang dibayangi sinaran rembulan.Cukup 
romantis dan mempesonakan.Kerana itu tidak hairanlah kebanyakkan 
pasangan gemar memilih waktu tersebut untuk berasmara.
Hakikatnya,seks tidak diwajib dilakukan sebaik 
melabuhkan tirainya bahkan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja 
sama ada pagi,tengah hari ataupun petang.Bagaimanpun,terdapat kajian 
menunjukkan seks dilakukan pada waktu-waktu berbeza mempunyai kelebihan 
dan kekurangannya.
Tengah hari - panas dan terang
Tengah hari sering dijadikan waktu berehat setelah penat
 melakukan kerja dari pagi.Sama ada dipejabat mahupun di rumah,waktu 
berkenaan selesa dipilih bagi melepaskan lelah seketika.
Bagaimanapun,untuk berasmara pada waktu tersebut mungkin
 tidak selesa kerana cuaca yang panas dan keadaan yang terang sekali gus
 membuatkan mood romantik yang diinginkan terbantut.
Apalagi untuk menghidupkan rangsangan seksual,sudah 
tentu mustahil.Ditambah pula setelah selesai ejakulasi,pasangan tentunya
 berasa lebih penat dan akhirnya tertidur.Secara tidak langsung,ia 
benar-benar mengganggu dan menjejaskan produktiviti kerja.
Malam-lebih sensasi romantik
Sejuk,selesa,tenang dan romantis.Mungkin itulah gambaran
 yang sesuai diberikan saat melakukan hubungan diwaktu malam.Satu bonus 
sekiranya kediaman anda terletak jauh dari kesibukkan kota sambil di 
keliling bukit bakau yang menghijau.
Berduaan dalam kamar peraduan pasti membibitkan 
rangsangan seksual biarpun dengan sentuhan yang tidak 
disengajakan.Mungkin kerana ini rata-rata pasangan gemar memilih waktu 
malam sebagai saksi cinta mereka.
Lazimnya,setelah penat beradu kekuatan hormon adrnalin 
yang dikeluarkan membuatkan suami isteri keletihan dan 
mengantuk.Sekiranya terlena di ketika ini,tentunya mimpi yang dialami 
lebih indah dan meyeronokkkan disebabkan waktu yang dipilih amat sesuai 
untuk beristirahat.
Pagi-segar dan tenaga
Nyenyak beradu semalaman,tubuh pastinya lebih segar dan 
bertenaga saat bangun pada waktu pagi.Tentunya keadaan sebegini 
mendorong anda melakukan hubungan intim bersama pasangan dalam suasana 
yang sejuk dan sunyi.
Kebiasaannya,lelaki masih menyimpan sisa eraksi yang 
berlaku secara spontan ketika tidur malam tadi.Dari situlah ia 
merangsang sekaligus membangkitkan keghairahan untuk melakukan hubungan 
seksual.
Bagaimanapun,kesibukan bersiap ke pejabat sedikit 
sebanyak menggangu kelancaran aktiviti tersebut.Mungkin,jika berlangsung
 sekalipun ia sedikit sebanyak mencetuskan rasa kurang selesa dan 
tergesa-gesa.
No comments:
Post a Comment