Apa
 senaman terbaik untuk perut? sebelum persoalan tersebut dijawab suka 
saya ingin tanya, adakah setiap kali anda makan, anda boleh mengarahkan 
lemak supaya berkumpul hanya di perut? Apakah perlu buat senaman perut 
setiap hari? Sebelum menjawab itu juga, saya ingin bertanya, adakah anda
 makan setiap hari atau selang-selang?
Senaman
 melibatkan penurunan perut atau pembentukan six-pack bukan hanya 
bertumpu pada 'everyday sit-up'. Latihan bebanan sendiri sudah 
menggunakan core-muscle yang merangkumi perut dan pinggang. Berlatih 
dada menggunakan core-muscle, buat squatmenggunakan core-muscle, boleh 
kata hampir keseluruhan pergerakan ada menggunakancore-muscle. Jadi 
ditambah dengan pemakanan yang baik, itu yang membentuk otot perut yang 
cantik.
Adakah
 sit-up beribu-ribu kali membantu dalam membentuk six-pack? Jika 
beribu-ribu, saya akan jawab ya, tetapi berapa ramai yang dapat buat 
beribu tu? Biasanya ada penyekatan disebabkan kekurangan garam tertentu 
seperti potassium yang mana akan menyebabkan krem jika melebihi satu 
angka, setiap orang berbeza. Tetapi dalam masa yang sama perlu 
diingatkan, jika pemakanan tidak betul, ada kemungkinan badan akan 
catabolismedisebabkan senaman berlebihan. Jadi yang terbakar bukan lagi 
lemak.
Apakah
 senaman terbaik untuk perut? Saya jarang mencadangkan bangkit tubi atau
 sit-updisebabkan beberapa sebab termasuk catabolisme, risiko kecederaan
 di pinggang dan lain-lain. Saya cadangkan plank. Bagaimana? Kekal dalam
 posisi dalam gambar di bawah untuk 1 jangka waktu. Lagi lama lagi baik 
dengan keadaan badan lurus. Jika sedikit ke atas akan lebih menyasarkan 
bahagian pinggang belakang. Elok untuk mereka yang dalam rehabilitasi 
daripada sakit pinggang. Tetapi perlu diingatkan secara amnya ada dua 
pergerakan yang melibatkan rehabilitasi pinggang, secara melintang dan 
menegak. Saya akan ceritakan dalam topik rehabilitasi suatu hari nanti.
Apakah
 twist itu elok? Hari ini kita dapat lihat, ada mesin direka dengan 
bebanan untuk melakukan twist. Atau secara oldschool-nya, sejak dari 
zaman Arnold Scwachzeneggermenggunakan twist samada menggunakan batang 
kayu atau besi. Adakah ianya elok atau selamat? Twist mungkin tambahkan 
kelenturan pada sesuatu pergerakan tetapi sebenarnya tidak banyak 
membantu dalam menurunkan saiz pinggang. Dari segi keselamatannya, cuba 
bayangkan bahagian di tulang vertebra anda berputar-putar yang mana 
sepatutnya ada sekatan dalam pergerakan untuk menjaga tulang belakang. 
Kenapa mesin-mesin itu dicipta? Sebenarnya lebih pada mengikut 
permintaan. Jurulatih yang baik, akan cuba elakkan pelatih di bawahnya 
menggunakan mesin tersebut. Boleh digunakan tetapi dengan pergerakan 
yang betul, tidak keterlaluan dan lebih sesuai untuk kegunaan atlet 
tertentu berbanding digunakan untuk kelihatan ramping. Zaman dah semakin
 maju dengan pelbagai kajian dan pembaikpulih dalam sistem latihan. 
Janganlah mengikut 100% latihan 100 tahun dahulu.
Saya
 sering melihatkan ada orang memegang dumbbell di kedua belah tangan dan
 menggerakkan badan, bila ditanya, dia cakap untuk buang lemak di 
bahagian tepi perut. Ada ke senaman begitu? Untuk pengetahuan semua, 
pergerakan senaman adalah mengikut garisan otot. Samada memanjangkan 
atau memendekkan otot. Jika kita lihat struktor anatomi bahagian 
oblique, kita akan dapati bahawa otot oblique senget ketepi. Jadi 
pergerakan dari atas ke bawah tidak membantu malas memberi tekanan pada 
otot terlibat. Ada atlet mungkin memerlukan pergerakan yang pelik-pelik 
ini, tetapi jika hanya menyasarkan membakar lemak, elakkan 
pergerakan-pergerakan pelik.
Jadi
 apakah kesimpulannya? Sertakan latihan aerobik dan anaerobik serta 
penjagaan makan yang baik. Tiada cara singkat untuk membentuk perut. 
Tetapkan jangka masa yang munasabah. :p
** diolah semula petikan tersebut dari bloghttp://zakikhan.net/membentuk-perut/
No comments:
Post a Comment